Sesuatu proses adalah diluar kawalan apabila :
1. Terdapat poin atau poin- poin yang terkeluar dari limit kawalan
a-Jika poin- poin tersebut membentuk apa- apa corak (pattern) ianya menunjukkan kemungkinan wujudnya penyebab istimewa
b-Poin terkeluar dari limit kawalan
c-Corak berbentuk run. Run berlaku apabila
7 poin berturut- turut jatuh pada sebelah atas atau bawah garisan tengah (CL) atau
10 dari 11 poin berturut- turut jatuh pada sebelah atas atau bawah garisan tengah (CL) atau
12 dari 14 poin berturut- turut jatuh pada sebelah atas atau bawah garisan tengah (CL)
d-Trend - poin- poin pergerakan keatas atau ke bawah berturut- turut
e-Cycles- Corak yang sama berulang- ulang
STATISTICAL PROCESS CONTROL (SPC)
Labels: kawalan kualiti, kualiti, proses kualiti
Langkah- langkah di dalam membentuk carta X- bar dan R:
1. Sediakan Legend
2. Kumpulkan dan rekod pengukuran
3. Kira jumlah keseluruhan, purata, dan julat (range) setiap sub kumpulan
Purata (x bar)= (x1+x2+x3+....+xn)/ n
Julat (R) = Nilai Max - Nilai Min
4. Plot nilai purata dan julat di atas setiap carta
5. Kira garisan tengah (CL) atau purata besar (x bar bar)
Purata besar (X bar bar) = (xbar1+xbar2+....+xbarn)/k
6. Kira Purata julat ( R bar)
Julat (R bar) = (Rbar1+ Rbar2 +...+Rbarn)/n
7. Kira limit Kawalan Atas dan bawah (UCL dan LCL)untuk carta X- bar
UCLX = Xbar bar + (A2 X R)
LCLX = Xbar bar -(A2 X R)
8 .Kira limit Kawalan Atas (UCL ) untuk Carta R
UCLR = D4 X R
Labels: carta kawalan, lcl, ucl
Carta Kawalan
Sejenis carta yang digunakan untuk mengawal variasi di dalam sesuatu proses.
Ianya mengandungi 3 garisan :
UCL
CL
LCL
Carta kawalan adalah berdasarkan taburan normal dan pensampelan rawak (random sampling). Umumnya Limit Kawalan Atas (UCL) adalah +3 sisihan piawai (standard deviations) dari purata (mean)dan limit kawalan bawah (LCL) adalah -3 sisihan piawai dari purata (mean).
Manfaat Carta Kawalan
1-Ianya memberi maklumat bila tindakan patut diambil untuk memperbaiki proses
kerja
-penyebab semula jadi - jangan ganggu
-penyebab luaran - ambil tindakan
2-membantu proses bekerja di dalam keadaan
stabil dan dapat diramal
3-membantu proses untuk mencapai kualiti yang tinggi, kos yang rendah, dan penggunaan kapasiti yang berkesan
4-Membolehkan pekerja menggunakan bahasa yang sama bila berbincang tentang prestasi proses
Keputusan Awal Sebelum Membentuk Carta Kawalan
Sebelum carta kawalan boleh dibentuk, beberapa aspek penting berkaitan proses perlu ditentukan :
1. Apakah ciri (characteristic) proses yang dikaji
2. Adakah ciri yang dikaji berbentuk pengiraan atau pengukuran
3. Carta kawalan apakah yang perlu digunakan
4. Berapa banyak sampel yang diperlukan
Carta Kawalan “Variable”, 20- 25 kumpulan sampel dengan saiz sampel sebanyak 5 diperlukan.
Carta Kawalan “Attribute” , 20- 25 kumpulan sampel dengan sampel saiz sebanyak lebih kurang minima 50 saiz sampel diperlukan
5. Berapa kerap sampel perlu dipilih daripada proses
6. Bagaimana sampel dipilih daripada proses
Jenis- Jenis Carta Kawalan
Carta Kawalan Variable
Digunakan untuk data yang boleh diukur:
Diameter
Ketebalan
Hardness
Masa
dll
contoh : X- bar dan carta R
Petunjuk Penggunaan
Pengukuran adalah kritikal
Kejituan (precision) diperlukan untuk menilai proses
Alat pengukuran adalah tepat
Satu ciri (Charecteristic) sahaja dinilai
Carta Kawalan Attribute
Digunakan untuk data melibatkan pengiraan:
Terima/ tolak
Kerosakan (Defective)
Kecacatan (Defects)
Peratus Kerosakan
Purata kecacatan
Carta p - peratus kerosakan
Carta np - jumlah kerosakan
Carta c - jumlah kecacatan
Carta u - Purata kecacatan
Petunjuk Penggunaan
Pengukuran tidak mungkin
Pengukuran mengambil masa lama
Lebih dari satu ciri (characteristic) yang dikaji
100 % pemeriksaan diperlukan
Carta Kawalan Variable (Variable Control Charts)
Carta jenis ini digunakan untuk mengawal variasi di dalam proses yang menghasilkan data yang boleh diukur
Contoh data yang boleh diukur: masa, berat, saiz, kekerasan (hardness), diameter dll.
Carta yang paling sering digunakan adalah carta X bar dan R
X- bar - digunakan untuk menentukan ketepatan proses (accuracy)
Carta R digunakan untuk menentukan kejituan (precision) proses
Labels: carta kawalan, carta R, variasi, x bar
Variasi
Variasi : Tiada 2 produk yang serupa adalah sama
Konsep Variasi : Semula jadi dan Istimewa
Variasi semula jadi (Common Cause variation)
Taburan Normal
Proses yang beroperasi di dalam keadaan di mana hanya variasi semula jadi sahaja wujud dikatakan sebagai proses yang stabil atau terkawal secara statistik
Proses yang stabil akan membentuk taburan normal apabila sekumpulan ukuran dibuat
Variasi semulajadi (common causes)
Variasi yang disebabkan oleh faktor- faktor semulajadi di dalam sesuatu proses.
Variasi oleh sebab istemewa (special causes)
Perbezaan di dalam produk yang disebabkan oleh sesuatu yang baru berlaku di dalam sesuatu proses
Contoh: Pekerja baru, mesin rosak, material baru diperkenal etc.
Objektif SPC
Objektif utama SPC adalah untuk mengawal dan akhirnya mengurangkan variasi di dalam
produk
perkhidmatan
prestasi
Penggunaan kaedah Statistik
1-Analisa proses atau outputnya
2-Capai proses yang stabil dan terkawal
3-Perbaiki kebolehan (capability) proses
Tindakan- tindakan terhadap variasi
Variasi oleh penyebab istimewa
Boleh dihapuskan oleh operator dan mereka yang bekerja didalam sistem atau proses tersebut
Biasanya hanya melibatkan lebih kurang 15 % dari masalah proses
Variasi oleh penyebab semulajadi
Tindakan pembaikan ke atas sistem diperlukan untuk mengurangkan variasi
Memerlukan tindakan pengurusan untuk tindakan pembaikkan
Biasanya melibatkan 85 % dari masalah proses