6:53 AM

Carta Kawalan

Carta Kawalan

Sejenis carta yang digunakan untuk mengawal variasi di dalam sesuatu proses.
Ianya mengandungi 3 garisan :

UCL
CL
LCL

Carta kawalan adalah berdasarkan taburan normal dan pensampelan rawak (random sampling). Umumnya Limit Kawalan Atas (UCL) adalah +3 sisihan piawai (standard deviations) dari purata (mean)dan limit kawalan bawah (LCL) adalah -3 sisihan piawai dari purata (mean).

Manfaat Carta Kawalan

1-Ianya memberi maklumat bila tindakan patut diambil untuk memperbaiki proses
kerja

-penyebab semula jadi - jangan ganggu
-penyebab luaran - ambil tindakan

2-membantu proses bekerja di dalam keadaan
stabil dan dapat diramal

3-membantu proses untuk mencapai kualiti yang tinggi, kos yang rendah, dan penggunaan kapasiti yang berkesan

4-Membolehkan pekerja menggunakan bahasa yang sama bila berbincang tentang prestasi proses

Keputusan Awal Sebelum Membentuk Carta Kawalan

Sebelum carta kawalan boleh dibentuk, beberapa aspek penting berkaitan proses perlu ditentukan :

1. Apakah ciri (characteristic) proses yang dikaji
2. Adakah ciri yang dikaji berbentuk pengiraan atau pengukuran
3. Carta kawalan apakah yang perlu digunakan
4. Berapa banyak sampel yang diperlukan
Carta Kawalan “Variable”, 20- 25 kumpulan sampel dengan saiz sampel sebanyak 5 diperlukan.
Carta Kawalan “Attribute” , 20- 25 kumpulan sampel dengan sampel saiz sebanyak lebih kurang minima 50 saiz sampel diperlukan
5. Berapa kerap sampel perlu dipilih daripada proses
6. Bagaimana sampel dipilih daripada proses

Jenis- Jenis Carta Kawalan

Carta Kawalan Variable

Digunakan untuk data yang boleh diukur:

Diameter
Ketebalan
Hardness
Masa
dll

contoh : X- bar dan carta R

Petunjuk Penggunaan

Pengukuran adalah kritikal
Kejituan (precision) diperlukan untuk menilai proses
Alat pengukuran adalah tepat
Satu ciri (Charecteristic) sahaja dinilai



Carta Kawalan Attribute

Digunakan untuk data melibatkan pengiraan:

Terima/ tolak
Kerosakan (Defective)
Kecacatan (Defects)
Peratus Kerosakan
Purata kecacatan

Carta p - peratus kerosakan
Carta np - jumlah kerosakan
Carta c - jumlah kecacatan
Carta u - Purata kecacatan

Petunjuk Penggunaan

Pengukuran tidak mungkin
Pengukuran mengambil masa lama
Lebih dari satu ciri (characteristic) yang dikaji
100 % pemeriksaan diperlukan

Carta Kawalan Variable (Variable Control Charts)

Carta jenis ini digunakan untuk mengawal variasi di dalam proses yang menghasilkan data yang boleh diukur
Contoh data yang boleh diukur: masa, berat, saiz, kekerasan (hardness), diameter dll.
Carta yang paling sering digunakan adalah carta X bar dan R

X- bar - digunakan untuk menentukan ketepatan proses (accuracy)
Carta R digunakan untuk menentukan kejituan (precision) proses